Friday, September 2, 2011

Game Persona Lagi, Remake dan Spin-Off P4


Kali pertama aku didedahkan dengan game Persona ialah dalam game Persona 2 dalam PS1. Aku tak main pun game tu, cuma aku tau game tu popular dan best. Bila keluar je Persona 3, aku gembira sangat walaupun aku tak tau premis game tu. Bila dah main, barulah aku tau yang game tu memang best dan lain dari RPG yang pernah aku main.

Ini tak bermakna aku suka dengan game sebelumnya. Pernah cuba main Persona 1 dan 2 dengan Shin Megami Tensei, aku dapati ianya tak sama dengan fenomena Persona 3 dan 4. Untuk tahun 2012, Atlus mengumumkan game Persona baru, Persona 4: The Ultimate in Mayonaka Arena dan Persona 4: The Golden.

Mana game Persona 5?? Jangan tanya aku. Atlus dengan kerjasama Arc System Works nampaknya akan keluarkan remake game Persona 4 untuk PSVita dan fighting game untuk arcade dan konsol PS3 dan Xbox360.



Satonaka Chie

Hanamura Yosuke

Game 2D fighting ni adalah sambungan kepada game Persona 4, dua bulan selepas ending. Mayonaka TV atau Midnight Channel muncul lagi. Kini terdapat sebuah rancangan yang dihoskan oleh Teddy, P-1 GrandPrix. Turut muncul adalah watak protagonis sebagai salah seorang peserta. Disebabkan rasa ingin bertemu semula dengan watak protagonis (setelah mereka berpisah dalam ending P4), kesemua ahli SEES masuk ke dalam Mayonaka TV (Midnight Channel) untuk menyelesaikan misteri rancangan itu. Watak Aegis dari P3 pun ada juga.

Teddy atau Kuma-chan

Watak protagonis.

Aegis dalam Persona 3




Untuk remake P4: The Golden khas untuk PSVita, seperti P3Portable juga, terdapat watak baru, babak anime baru, rakaman suara baru dan fungsi baru seperti main 2 player. Grafik nampaknya sama seperti game PS2.







Mata aku tak dapat lari dari loli.
Memang aku rasa rugi sebab PSP aku dah hilang dan aku tak dapat main P3Portable. Dan aku rasa aku tak akan dapat beli PSVita. Tapi aku gembira sebab game Persona 4: The Ultimate in Mayonaka Arena akan keluar dalam Xbox360. Dapat jugak merasa main sebab game Persona ni selalunya terikat dengan Sony.

Aku harap untuk game Persona 5 akan keluar dalam multi-platform, dan sama best dengan game yang sebelumnya.

2 comments:

Along said...

ape yg lain dlm gmae persona dr final fantasy?

GreyToshiaki said...

Battle music, tak pernah aku tengok mana2 game pakai lagu hiphop/techno/rock dlm battle.

game ni tak boring bila lvling sebab lagu dia best, dan senang battle.