Kepada semua pemilik PS2 mesti memiliki game ni. Antara game 'swan song' PS2 yang terbaik sekarang. Yakuza 2 atau Ryu ga Gotoku 2 (Seperti Naga) adalah sambungan dari game sebelumnya (Yakuza/Ryu ga Gotoku), mengisahkan tentang Kazuma Kiryu, setelah keluar dari Tojo Clan. Dengan keadaan Tojo Clan yang terumbang-ambing, ketua Tojo yang baru meminta pertolongan dari Kiryu untuk mengelakkan perang besar antara yakuza Tokyo dan yakuza Osaka.
Pihak polis juga turut masuk campur setelah letupan bom di Tokyo, dan mengaitkan kejadian itu dengan mafia dari Korea. Kenapa mafia Korea cuba menghapuskan Tojo? Adakah ada orang lain disebalik Omi Clan? Dapatkah Kiryu melakukan aksi *ehem ehem* dengan host ataupun Haruka?
Korang mainlah sendiri....
Game ni boleh dikatakan FREE genre, sama macam Shenmue untuk Dreamcast (oleh SEGA) walaupun lebih kepada Adventure sebenarnya. Game ini lebih kepada cinematic experience daripada gaming, maksudnya lebih banyak cerita daripada game. Dengan cerita yang best dan ganas disampaikan dalam bahasa Jepun subtitle English, korang mesti terpegun dan lekat kat depan tv macam tengok anime Bleach.
Cinematic cun dalam game.
Bila game sebenar bermula, korang akan explore bandar Kamurocho (Shinjuku) mencari klu, menyelesaikan misi sidequest, bermain mahjong, casino, pergi kelab host, pusat urut, pub, disco, kedai arcade, shopping, kedai dvd, lawan dengan kaki pau dan banyak lagi aktiviti tidak bermoral. Battle system pula agak mudah, korang akan di"limit"kan pada satu kawasan dan berlawan dengan multiple enemies. Senjata dan barang lain seperti pinggan, meja, kerusi, pasu, signboard, basikal dan botol boleh digunakan untuk menghapuskan musuh. Bila Heat Gauge dah naik, (badan keluar asap biru) korang boleh melakukan aksi finishing yang lebih ganas lagi.
Bersiar-siar di bandar
Sempat lagi main golf dan boling
Lawan musuh dengan ganas
NPC lain gak boleh tolong
Walaupun game ni memang best dari segi cerita, gameplay dia boleh dikatakan agak boring. Berjalan-jalan di bandar dengan banyak tempat yang korang nak lawat dan cuba masuk, boleh menyebabkan korang mengantuk. Loading pada setiap kali berlawan juga memakan masa walaupun tak sampai 30 saat. Kalau korang straight to the point dalam game ni, tanpa main dia punya sidequest, rasanya boleh habis dalam masa seminggu atau kurang. Tapi korang akan miss out beberapa elemen best dalan lucu dalam game ni.
Game ni sebenarnya dah lama keluar, saja nak reviu sebab aku rasa ramai yang tak tau pasal game ni sebab nak kejar duit beli X360 atau PS3. Ataupun tak habis main game ni terutamanya DVD game pirate. Untuk pengetahuan korang, DVD Yakuza 2 pirate yang dijual di Malaysia ni dijual dengan harga RM10, sebab tokey tu kata game ni DVD9 (kapasiti 8gb). Tapi sebenarnya DVD tu DVD5 (kapasiti 4gb) sebab tu korang akan lekat bila lepas habis chapter 9. Kiranya korang kena tipu la.
Oleh sebab takde kedai yang jual game PS2 ori kat negara ni (kecuali game ps3, x360 dan pc), salah satu cara untuk habiskan game ni ialah download game ni dari internet. Takde direct download kecuali torrent.
Cara kedua ialah tunggu kedai game keluar Yakuza 2 versi baru 2 dvd ataupun betul-betul dual layer. Masalah ni sama dengan game seperti God Of War 2 dan Rogue Galaxy.
No comments:
Post a Comment