Sunday, November 6, 2011

The Idolm@ster 13 - i


Yeargh...sebagai penamat kepada separuh dari siri ini, episod 13 memang mengancam dengan persembahan konsert hebat oleh 765 Pro.

Ya, dalam episod ni, korang akan tengok persembahan konsert yang dipenuhi dengan lagu-lagu best (walaupun pendek je) dan tarian yang hebat. Jarang dapat tengok anime yang ada menyanyi dan menari. Kalau ada, anime tu mesti jadi famous macam Suzumiya Haruhi, Lucky Star, Uta no Prince-sama: Maji Love 1000% (sama studio ngan Idolm@ster), semua anime ni ada lagu dan tarian yang jadi famous dalam NicoNicoDouga.


Muat Turun 
Batch Torrent Ep 1-13: Nyaatorrents
Muat Turun Terus: Part1, Part2, Part3
Subtitle .ass file

Tajuk catatan kali ni ialah [i]. Kenapa [i]? Sebab itu ialah tajuk lagu untuk ending episod kali ni dan itu adalah lagu favorite aku.



Oleh sebab episod kali ni berfokuskan konsert, jadi banyak la lagu yang keluar sekaligus seksalah aku untuk translate semua lagu tu. Setelah mencuba sedaya upaya, aku dapat lirik secantik yang mungkin dan hampir dengan maksud asal. Oleh sebab kebanyakan lagu Idolm@ster bercampur aduk dengan bahasa Inggeris, maka tak semuanya dapat dicantikkan sebaik mungkin.


Kali ni aku nak tanya betul-betul, korang tengok ke tak anime ni? Dalam senarai anime musim luruh ni, The Idolm@ster antara anime yang paling best selain Persona4 sebab yang lain semuanya anime ecchi.

2 comments:

Anonymous said...

Ep14 macam mana perkembangan?

GreyToshiaki said...

Aku sibuk betul ngan kerja sekarang, walaupun kerja restoran, tp sibuk gak sbb bangun tido pergi kerja, balik kerja dah pukul 11 malam. Belek-belek FB, internet sekejap dah pukul 3am, tido dan repeat.

Mana ada masa sekarang. Ada pun waktu break kerja dalam sejam. Sikit lagi siap la.

Aku dah ketinggalan 8 episod. Gila ah nak kejar. Tp aku tetap akan buat. Terima kasih kerana terus menyokong.