Thursday, January 8, 2009

Gundam 00 1st Season



Gundam 00 (disebut double o) adalah siri gundam baru sekarang ni. Ia keluar dalam 2 musim. musim 2 tengah tayang sekarang jadi yang aku dapat download sekarang hanya musim pertama. Dikatakan sebagai mengikut plot Gundam Wing sama macam Gundam Seed yang ikut plot Gundam lama.



Mengisahkan tentang dunia masa depan (peta dunia sebenar) dalam perperangan dan dibahagi kepada 3 bahagian, UNION (US, Jepun, Australia), Human Reform League :HRL (China, Rusia, India, ASEAN, Korea) dan Advanced European Union :AEU (Eropah).

Apabila bahan api fosil mulai kurang, kuasa solar mula digunakan secara besar-besaran. Stesen-stesen solar dipasang mengelilingi bumi untuk mengumpul tenaga solar dan juga berfungsi sebagai koloni serta pusat peranginan. 3 buah menara dipanggil Orbital Elevator dibina untuk membawa tenaga ke bumi dan juga sebagai pengangkutan keretapi rel dari bumi ke stesen koloni.

Tetapi tidak semua negara menikmati tenaga solar itu. Negara-negara yang pada mulanya kaya menjual minyak kini menjadi miskin dan porak peranda. Perebutan untuk tenaga dan minyak bermula dan ada juga yang menganggap kuasa solar sebagai mengancam "tanah suci tuhan" menyebabkan "Perang Solar 20-Tahun".

Wujud sebuah organisasi "Celestial Being", dengan tujuan menghentikan semua perperangan. Dilengkapi dengan 4 buah mobile suit dinamakan Gundam, menghapuskan sesiapa sahaja yang memulakan perperangan. Dari mana datangnya mereka? Adakah tindakan mereka betul atau salah?

Jalan cerita berkisar tentang ahli kumpulan Celestial Being dan cara mereka menjalankan misi. Watak utama ialah Setsuna F Seiei, 16, memandu GN-001 Gundam Exia. Nama sebenarnya ialah Soran Ibrahim, berbangsa Kurdish, mangsa ajaran sesat dan dipaksa berperang ketika kecil. 3 orang pemandu yang lain ialah Lockon Stratos, Allehujah Haptism, Tieria Erde. Masing-masing ada sejarah mereka tersendiri.

Cerita ni memang ikut cerita Gundam Wing. Kalau korang minat Gundam W, Gundam 00 adalah mesti tonton. Lebih-lebih lagi watak utama dia adalah orang arab, dan bukan bangsa jepun seperti cerita gundam lain. Musim pertama hanya 26 episod jer, musim kedua lak mungkin 26 episod jugak jadi jumlah dia lebih kurang sama macam cerita gundam lain.

Tak banyak yang aku boleh komen anime ni. Aku bukannya minat sangat gundam ni, bukannya tak best tapi boleh la layan...Aku anggap Gundam 00 ni sebagai tengok sekali, nak tengok sambungannya pulak. Menarik dan ada mesej anti-perang yang kuat.

Torrent boleh download di laman Mendoi-Concleave fansub. Atau direct download di Bleach Network. (register dulu).

No comments: