Thursday, January 8, 2009

Model Gundam 00


Dah habis tengok Gundam 00, sekarang pasang model pulak. Jadi aku beli 2 gundam watak utama iaitu Exia dan Virtue. Masing-masing jenis No Grade 1/100.

Sebelum tu kalau korang nak tau, model gundam ada beberapa jenis grade atau saiz iaitu
-No grade, quick 1/144 (pasang dan kaler sendiri)
-High grade HG 1/144 (cuma ada sikit jer bahagian kena kaler, tak kaler pun takper sebab ada stiker, kotak dia selalunya warna gelap)
-No grade 1/100 (kotak besar sikit, warna cerah dan selalu ada gambar watak sekali kat depan. Susah sikit pasang, sikit je bahagian kena kaler tapi tak penting sangat)
-Master grade MG 1/100 (Kotak besar, susah pasang sebab detail sampai ke tempat duduk pilot. Tak payah kaler, selalu ada bagi model watak kecik dan stiker logo.)
-No grade 1/60 (kotak besar, model pun besar dalam 30cm. Susah pasang tapi takdela detail sangat, ada jugak bahagian yang masih perlu dikaler)
-Perfect grade 1/60 (Kotak besar giler, dah nama pun perfect jadi sangat detail dan sangat susah pasang. Tulang model adalah besi dan kena skru, kadang2 kena pasang lampu untuk efek mata)



Box No grade 1/100, Exia dan Virtue/Nadleh

Berbalik pada topik asal, aku beli Exia 1/100 dan Virtue 1/100. Harga murah je, Exia dapat RM80 dan Virtue RM114. Kotak Virtue besar sikit sebab dia boleh tukar jadi Gundam Nadleh. Kedua-duanya ambik masa dalam sebulan nak pasang, sebab aku ada masa free time tengah malam je. Itu pun belum kaler dan lining lagi.



Exia dan Virtue posing ikut pose tepi kotak


Kepala Exia selepas lining.

Walaupun 1/100 tapi aku puas hati ngan model ni. Kalau kaler betul-betul mesti lawa. Sendi dia pulak lebih baik dari model Gundam Seed. Tak banyak sangat bahagian yang perlu dikaler. Mudah dipasang dan ambik masa singkat untuk habis pasang kalau korang banyak masa. Bagi aku tahap cabaran: biasa je. Mungkin aku perlu beli MG pulak lepas ni.

No comments: