Wednesday, September 15, 2010

Buat Duit Dengan Internet!


Haha, jangan terkejut bila baca TITLE ni, sebab dah banyak kali dah aku baca blog yang mengajar cara-cara menghasilkan duit dari iklan di internet. Salah satu cara termudah adalah melalui Google AdSense.

Dipendekkan cerita, AdSense ni senang. Letak iklan Google dalam site korang, tunggu orang klik iklan tu, dan setiap kali mereka klik, korang akan dapat duit. Senang nak mampus. Jadi aku cubalah daftar untuk dapatkan iklan tu, tapi tak dapat.

Sebab? Site aku ni dalam Bahasa Melayu dan Google AdSense tak support site Melayu [Indon adalah]. Punyalah siot. Atau mungkin aku terpaksa menukar site ni sepenuhnya ke dalam English?

Cara yang lain adalah melalui AFFILIATE PROGRAM, sama jer letak iklan dalam site. Tapi yang aku daftar ni adalah iklan J-LIST dengan PLAY-ASIA. Ingat nak buat macam SANKAKU COMPLEX. Tapi yang ni pulak syarat dia kena buang segala Download Links GAME,MANGA dan ANIME dalam site. Sebab diorang jual barang dan diorang taknak SUPPORT segala aktiviti PIRATE. Macam aku. Epic Fail.

Kalau dalam AdSense diorang bagi duit, dalam J-LIST pulak bagi duit atau Point Shopping. Dengan Point ni boleh digunakan untuk beli barang diorang. Best tu. PLAY-ASIA pun sama, masalahnya pulak, PLAY-ASIA hanya akan bagi Point bila orang yang klik iklan tu beli barang diorang. Nampaknya PLAY-ASIA kedekut bila nak bagi duit pada orang yang iklankan site dia.

Apa-apapun, aku mesti dapatkan iklan tu, mungkin site ni akan jadi DUAL-LANGUAGE and NO DOWNLOAD LINKS. Semua ni belum confirm lagi.

1 comment:

Zmil said...

j-list tu kena bayar ape-ape ke kalau nak daftar j-list affiliates cam tax ke?