Friday, August 19, 2011

The Idolm@ster 05 -Pantai !!!


Ada masalah sikit dengan blogger, tetiba je tak boleh tulis catatan baru. EP05 dah siap lama dah, baru sekarang dapat tulis catatan baru.

Episod 5 ialah tema cuti musim panas! Biasa la dalam anime, kalau cuti musim panas, mesti pergi pantai, kolam air panas, tengok perempuan mandi dan sebagainya.

Sila baca nota tambahan di bawah untuk pemahaman yang lebih lagi tentang sarikata ni dan dunia Idolm@ster.

Muat Turun
Torrent -Nyaatorrents
Muat Turun Terus -Part 1, Part 2
Subtitle .ass file









Nota Tambahan:

Umi -Umi ertinya laut. Tapi diorang cakap nak pergi 'umi', dia bukannya nak pergi laut tapi sebenarnya nak ke pantai. Kira pantai dengan laut kan tak jauh? Lagipun orang Jepun tak ada perkataan khusus untuk pantai, umi adalah laut, umi juga pantai.

Lagu INSERT dan ENDING -untuk episod 5, lagu baru digunakan [Kami Summer & Moony]. Sebelum ni semua lagu (kecuali OPENING) adalah lagu lama dari game dan album, jadi senang nak translate sebab lirik dah ada. Kali ni, mungkin lirik ada lari sikit...

Kami Summer - Lagu INSERT. Mainan perkataan dari "Kamisama" bermaksud tuhan. "Kami" tu maknanya tuhan, takkanlah aku nak letak [Tuhan Musim Panas] pulak, kan? Jadi tajuk lagu tu dibiarkan...

MOONY -Lagu ENDING. Aku tak jumpa dalam kamus apa maksud moony, kecuali makna kasar iaitu "berupa seperti bulan". Tak tau la betul ke tak.

765 PRO - Nama syarikat produksi dalam anime ni. Rasanya aku dah jelaskan dalam episod 3, 765 di sebut NaMuKo iaitu nama pembuat game asal iaitu NAMCO. Lawan diorang nanti (artis lelaki dalam episod 2) ialah dari syarikat 961 Pro, disebut KuRoI bermaksud hitam, kira gelap la. Kalau korang main Idolmaster dalam Nintendo DS, syarikat dia ialah 876 Pro, disebut BanNaMu iaitu juga nama pembuat game BANDAINAMCO.

No comments: