Saturday, August 27, 2011

The Idolm@ster 06 -Puteri Dari Istana Raja Naga


Aku lambat lagi....Sibuk sebab raya punya pasal, terlambat 1 minggu.
Fokus episod kali ni ialah Produser melawan Kumpulan Ryuuguu Komachi. Bagaimana cara Ritsuko menguruskan kumpulannya?

Paling best ialah bila persembahan lagu SMOKY THRILL. Kalau nak tahu, tarian dalam anime ni sama dengan tarian dalam versi game. Sejibik dengan pergerakan kamera sekali. Lagipun bila diorang menari dalam game, dada banyak goyang-goyang berbanding lagu lain.....

MUAT TURUN
Torrent : Nyaatorrents
Muat Turun Terus: Part 1, Part 2
Subtitle .ass file


Nota Tambahan:
Ryuuguu Komachi ialah nama kumpulan yang dipimpin Ritsuko, dianggotai oleh Azusa, Ami dan Iori. Ryuuguu Komachi bermaksud Si Cantik (atau puteri) dari Istana Raja Naga. Istana Raja Naga ni ada dalam cerita Urashima Tarou.
Di mana Urashima menyelamatkan seekor kura-kura dari dibuli budak-budak, kemudian kura-kura tu ajak dia masuk laut, ke Istana Raja Naga. Urashima tinggal di istana tu, dilayan dengan baik atas jasa dia membantu kura-kura tersebut.
Sampai masanya, Urashima rasa nak balik ke darat. Dia diberi satu kotak, dan diberitahu supaya jangan dibuka walau apapun. Bila sampai ke pantai, dia buka kotak tu sebab ingin nak tahu apa isinya. Sebaik dibuka, tiba-tiba dia menjadi tua. Rupa-rupanya Urashima dah tinggal di istana tu selama berpuluh-puluh tahun.
Urashima rasa sedih sebab dia dah tua dan menyesal sebab tak dengar cakap mereka supaya jangan buka kotak tu. Dia kemudian berjalan perlahan-lahan ke laut dan membunuh diri.

Kalau korang ada baca cerita Doraemon, cerita Urashima Tarou ni ada kat situ.


Tentang nama ahli kumpulan pula (seperti yang dikatakan oleh Presiden)
Tulisan Kanji [Mi] dalam Futami bermaksud [Laut] (sama dengan Amami Haruka)
[Mina] dalam Minase bermaksud [Air]
[Ura] dalam Miura bermaksud [Teluk]


Dalam industri hiburan Jepun, artis diorang terlalu ramai. Pelakon, model, penyanyi. Mereka jarang ada reality show nyanyian macam kita kat Malaysia ni. Bukan tak ada, tapi jarang. Kalau nak jadi penyanyi atau pelakon atau model, kena apply kat agensi bakat macam dalam anime ni. Ada juga mereka yang dipilih oleh produser dari internet (bila mereka buat lagu dalam internet, menyanyi, mereka ni dipanggil net idol) kalau dalam Malaysia ni dipanggil artis Youtube.

Pihak penganjur pula, kalau di Malaysia, diorang yang pilih siapa artis yang akan datang. Tapi di Jepun, mereka buat terbuka, ada yang dijemput dan ada yang dipilih dari ujibakat artis (sebab dah terlalu ramai sangat artis) Jadi datang la produser dan manager dengan info, CD, bawak artis jumpa pihak penganjur supaya artis diorang dipilih untuk buat persembahan.

Bila dah buat persembahan nanti, artis jadi popular, duit pun masuk. Bila dah popular, lagi senang nak masuk konsert ke TV ke, tunggu je pihak penganjur telefon. Mungkin tak jauh bezanya dengan artis di Malaysia. Artis baru Malaysia pun susah nak cari makan (cari show), terpaksa cari manager untuk uruskan dan cari show. Mungkin lepas tengok anime ni, korang ada terasa nak jadi manager artis?


Last sekali ialah perkataan "Otsukare sama deshita". Pendeknya "Otsukare" saja. Banyak disebut dalam anime ni. Maksud dia [Good Job]. Dalam BM? [Kerja bagus]?
Maksud sebenar dia adalah [Terima kasih atas usaha anda], lebih kurang sama la dengan [kerja yang bagus] tu.
Cuma dalam Jepun, ada situasi dan keadaan dimana mereka menggunakan perkataan ni, tak sesuai kalau menggunakan makna asal, jadi aku terpaksa alih bahasa mengikut keadaan. Itu je.


2 comments:

encikmamat said...

Good job. Akhirnya ada jgk org yg menterjemah ikut konteks - bukannya direct translation.

Kebanyakkan fansub Malaysia terjemah bulat2 perkataan "English" yang diorg rip/gunakan jadi aku memang memuji hasil usaha ko.

Buat fansub tak separuh masak. Nice!

GreyToshiaki said...

sebenarnya aku translate dari english.
ada la sikit-skit ilmu bahasa jepun yang aku ada, dapat le tahu mana satu ayat jepun yang tak sama ngan sub english.