Wednesday, September 14, 2011

Persidangan 3DS Pra-TGS, Banyak Trailer Game Baru

TGS (Tokyo Game Show) dah nak tiba. Seronok? Teruja?
Untuk tahun ni sebenarnya tak banyak yang nak didedahkan atau sesuatu yang surprising, sebab semuanya dah didedahkan dalam E3 tak lama dulu. Kita dah tau tentang PSVita, WiiU, 3DS jangan cakap la, berita lama.

Baru-baru ni Persidangan Nintendo 3DS pra-TGS telah diadakan, dan beberapa perkara telah didedahkan seperti game-game baru untuk Nintendo 3DS bukan sahaja dari Nintendo sendiri, tetapi juga dari syarikat game 3rd Party seperti Capcom dan Sega.

Sila Klik untuk tengok Trailer bagi setiap game:
Love Plus?? Uuuuu..aku nak tu. Favorite aku tuh. Tapi ada satu lagi...
HATSUNE MIKU???? Hatsune Miku masuk 3DS? Wahhh...Ini dah kira baeeekkk.. Macam ni baru ada sebab nak beli 3DS!

Klik sini untuk pergi ke Laman Rasmi Persidangan Nintendo 3DS (dalam Jepun tapi senang faham)

Turut didedahkan ialah 3DS dalam warna baru iaitu Pink, dan juga alat tambahan baru iaitu circle pad kedua (sebelah kanan) khas untuk main Monster Hunter. 


Alat tambahan ini juga akan menambah 2 extra button lagi untuk 3DS iaitu R2 dan L2. Dikatakan mungkin game lain akan guna alat ni sebab adanya butang tambahan itu.



Banyak game best untuk 3DS akan datang, kenapa orang lebih suka kat PSP tu. Bukannya nak jadi fanboy. Aku pun main PSP gak, tapi aku rasa game dia tak banyak yang best dan eksklusif. Macam PSVita, ada gak game yang aku suka seperti Persona, tapi itulah.
Kalau nak grafik hebat, main PSVita. Kalau nak gaming experience mainlah 3DS. Kalau aku? Aku ambik dua-dua. Oh, juga jangan lupa dengan WiiU.





Trailer untuk WiiU


No comments: