Saturday, September 17, 2011

The Idolm@ster 09 -Detektif Futami


Episod kali ni kita fokus pada adik beradik kembar Futami Ami dan Mami. Oleh sebab seiyuu (pelakon suara) dia sama, suara sama cara bercakap pun sama, jadi aku asingkan warna subtitle antara mereka berdua.

Tentu korang terfikir: macam mana dua orang suara yang sama, muka yang sama boleh jadi artis?

Sebenarnya, sebelum ni (dalam game Idolm@ster 1) mereka berdua terpaksa bergilir-gilir jadi seorang artis dengan nama Futami Ami, semua ni dilakukan secara rahsia, dan hanya 765 Pro saja yang tahu. Tapi mereka tak puas hati sebab walaupun berdua, mereka dibayar untuk seorang artis saja. Jadi baru-baru ni (dalam game Idolm@ster 2 dan anime) diorang mula jadi artis sendiri. Mami terpaksa panjangkan sikit rambutnya supaya mereka boleh dibezakan.



Muat Turun
Torrent: Nyaatorrents
Muat Turun Terus: Part1, Part2
Subtitle .ass file


Nota Tambahan:
Dalam episod ni, Ritsuko kata "semuanya bercampur-campur". Dia maksudkan Ami dan Mami yang mengambil ayat dari pelbagai cerita detektif popular, dicampur-adukkan jadi satu ayat.
  • Dengan sel kelabu kecil kami - ayat dari watak detektif Hercule Poirot dari novel Agatha Christie.
  • Muka tujuh warna - dari cerita Jepun 50an Nana-iro Kamen (Topeng 7 Warna). Cerita superhero (macam Kamen Rider) dimana heronya seorang detektif yang boleh menyamar.
  • Atas nama nenek dan datuk moyang kami - Ini ayat yang selalu digunakan oleh Hajime Kindaichi dalam Kindaichi Shonen no Jikenbo (dalam komik bahasa Melayu "Penyiasat Remaja Kindaichi") Aku tak pernah baca komik ni, kalau aku tahu, mungkin aku akan gunakan ayat dari dalam komik.
  • Dengan kuasa bulan - Kalau korang peminat anime TV3 tahun 90an dulu mesti tahu ni. Ini ayat dari cerita Sailormoon, waktu dia tengah tukar baju. Dia akan cakap "Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!". Itu dalam dubbing Melayu, tapi dalam original Jepun dia, "Dengan nama bulan". Dekat-dekat maksud dia. Sekarang boleh tengok Sailormoon lagi dalam NTV7.

No comments: