Tuesday, October 18, 2011

Xbox360 Update Service


Sebenarnya aku jugak buat service update Xbox360 di rumah. Sebelum ni cuma repair laptop ngan PC je, jadi repair console ni kira baru la. Bisnes baru bukak, tapi aku dah experience hal-hal console ni dah lama dah, sampai tokey kedai pun tak update lagi info, aku dah tahu lebih awal.

Hari ni balik dari kerja, dah ada Xbox ke-8 nak di update. Ni mesti nak main Gears of War 3 ni, sebab lepas ni semua game Xbox akan pakai format baru, jadi semua Xbox mesti update untuk main game pirate.




Info tambahan: Sebenarnya hanya 80% dari kesemua game Xbox360 pirate dijual di kedai game. Lagi 20% tak dijual dalam versi pirate sebab tukang pirate malas nak keluarkan. Sebab?
  1. Game tu tak famous.
  2. Game tu dah keluar dulu dalam Jepun, bila keluar US ver, diorang tak jual sebab diorang ingat game tu sama.
  3. DVD security terlalu susah untuk hack jadi game tak boleh rip. Cuma boleh main Disc Ori je.
  4. Group yang release DVDrip iso di internet (selalunya dari US) tak berminat untuk rip game tu. Ikut suka diorang la nak rip game yang mana. Terutamanya game dari Jepun.

Mula-mula kita baraikan Xbox ni.


Itu dia drive Lite-On, rupa macam DVD drive PC tapi soket dia tak sama. Firmware akan diletak dalam drive ni supaya boleh main pirate.

Tapi sebelum tu test main dulu, kemudian update ke dash paling latest: 13604 11-Oktober. Lepas update ni game pirate dah tak boleh main lagi. Baru kita masukkan firmware pirate.

Mula-mula kena ambik drive key dulu, setiap xbox ada key tersendiri. Kalau nak tukar spare part DVD drive baru, pastikan key dia sama dengan part yang lama. Untuk drive Lite-On, kita kena sambungkan pada port SATA komputer, buka software untuk hacking dan sedia.


Kemudian, kena cucuk pcb ni, baru dapat Key dia. Mesti tahu part mana yang perlu dicucuk dan alat yang diperlukan.


Dah dapat key, kita update je dari PC melalui SATA cable tadi. Sekejap je tak sampai seminit.

Dah update, tutup dan pasang semua balik. Test game. Game pirate baru dah boleh main.

Jangan hairan pulak tengok keyboard tu. Aku sambungkan Xbox tu ke monitor PC.

Nasib baik Xbox360 phat lama, kalau slim ada susah sikit sebab Microsoft dah kunci DVD drive untuk slim, menyebabkan firmware pirate tak boleh letak kat situ. Satu-satunya cara ialah menukar PCB tadi dengan yang modified version punya beli dari US. PCB ni ada suis boleh buka kunci dan kunci balik cip. Cuma beli sekali je, lepas tu takyah tukar lagi walaupun ada update baru (sebab dah senang boleh bukak-tutup kunci).

Tapi PCB tu harganya RM2++. Terpaksalah korban sikit. Aku punya Xbox pun tak repair lagi sebab nak kumpul duit beli PCB tu. Nak hantar kedai, mampus dia cas RM500 lebih!!

Kalau korang nak update murah, boleh hubungi aku melalui FB http://www.facebook.com/pages/Xbox360-Update-Home-Service-Kuching/272955812738710. Area Kuching, senang hantar pakai motor. Utk area yang jauh sikit kena caj pos lebih sikit.

17 comments:

Anonymous said...

elow bro,
saya nak tnya, saya ada beli xbox 360 slim pnya n owner kedai ckp saya pnya update yg plg latest pnya 2.0 (bleh main Gear of war 3). So soalan saya, lepas nie kalau saya nk update kena tukar PCB tue tak?

GreyToshiaki said...

Slim punya?

Dari pengalaman aku, Kalau kedai yang update, dia tukar drive tu sekali (walaupun sebenarnya tukar PCB je dah boleh). Dan drive tu pulak adalah replacement untuk drive asal, maknanya sama macam drive asal.

Drive asal/replacement akan lock lepas update jadi bila ada update akan datang (update main pirate, bukan update online Microsoft) kenalah tukar PCB tu lagi. Sebab Drive tu dah kena lock, tak boleh write lagi (kecuali write microsoft punya)

Kalau aku, aku akan tukar PCB jenis ada switch boleh lock/unlock. Kalau pakai yang itu, takyah tukar PCB lagi. Harga dia tak ingat la pulak. Rasanya USD 99 kot.

So jawapannya: Kenalah tukar KALAU ada update pirate yang baru. KALAU ye. Kalau takde, pakai je 2.0 tu sampai la ada game yang tak boleh main sebab kena update dulu. Kena ingat, umur Xbox360 ada 2 tahun je lagi sebelum console baru akan keluar. Macam2 boleh jadi 2 tahun ni.

James Duan said...

salam bro,gua baru update mlm tadi nak maian call off duty w3.
tapi pirate la.upadted pakai usb drive sbb dia suruh updated.

bro bole tolong tak flash balik.biul la nak buat..
aduih tak leh tido malam tak dapat main game nie

GreyToshiaki said...

MW3 pakai update baru yang akan delete firmware pirate.

Slim ke phat?
kalau slim kena tunggu lama untuk stok drive sampai (dalam 3 minggu). dan deposit sbb aku takde modal nak beli drive.

kalau phat, tengok dulu kalau2 drive kena tukar (selalunya dan harap-harapnya tak la). kalau OK, aku akan buat. Sori takde HP.

So contact pakai FB (ada link dlm post) atau kalau area Kuching, Jumpa aku kat The Spring mall.

Anonymous said...

salam bro.. saya ada xbox slim yang belum mode lagi.. boleh x main game pirate yang dicpoy dalam xbox hdd.. cuma nak tanya hdd kena modified jugak ka?

Anonymous said...

assalamualaikum, saya ada masalah sikit dgn xbox 360 saya. mula main dulu ok je, prototype 2, skyrim,halo n 2,3 lg game nih. tp 3 ari lepas game2 tu dah xbley nak main plak. tiap kali bukak game 2 die tulis "this game does not support pal-50 bla3.." caner erk bro??

Anonymous said...

Very gοod wеbsіte you have here but I was curious аbout if уou
knew of any forums that сover the samе topics ԁіscussed here?

I'd really love to be a part of online community where I can get feed-back from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Appreciate it!

Also visit my blog post ... how to get bigger boobs naturally

Anonymous said...

It's appropriate time to make some plans for the future and it's time to
be happy. І've learn this put up and if I may I wish to suggest you some fascinating issues or advice. Perhaps you can write next articles relating to this article. I desire to read more things about it!

my blog post; spa day

Anonymous said...

all the time i used to read smaller articles that as ωell clear theiг
motive, and that is also happening with this poѕt which Ι am reading at this time.


my web-sitе; need a locksmith

Anonymous said...

I ԁon't know whether it's just me οr іf everyonе elѕe
experienсіng iѕsues wіth your sіte.
It sеems like some of thе text in your posts аre runnіng off the sсreen.
Ϲan somebody else please comment and let me know іf this
is hаpρеnіng to them as well?

This might be a problem with my broωser becauѕе I've had this happen before. Thank you

my web site Fathers Day Gift Baskets

Anonymous said...

Have yоu eѵer cοnsidered abоut іncludіng а little bit more thаn just your aгtiсles?
I mean, ωhat you sаy is important аnd everythіng.
Neverthelеsѕ just imaginе if you
addеd ѕome gгeat graρhіcs
oг video cliрѕ to give уour pοѕts morе, "pop"!

Your content is excеllent but with imagеs and vіdeo clipѕ,
thіs blog coulԁ certainly be one of the greatest
in іts niche. Amazing blog!

My webpage :: how to get bigger boobs naturally

Unknown said...

salam sahabat. xbox360 saya mengeluarkan lampu berwarna merah apda suis (sepatutnya hijau kan), oleh kerana itu tak boleh main apa2 game. kenapa ye? di mana saya boleh repair masalah ni? terima kasih kerana respon.
kamal230@perak.uitm.edu.my
013-9646996

HaFiZ AsRieY BoY93 said...

Nk tanya sy pun ada mslh mcm tu jgk....mcm mana nk buat tu bro....

HaFiZ AsRieY BoY93 said...

Nk tanya sy pun ada mslh mcm tu jgk....mcm mana nk buat tu bro....

SAHADATMIASIL/LASAIBOY/JOHOREAN said...

Pergi ke setting tukar Chanel tv ke pal 60 baru boleh main game tu

Unknown said...

salam bro . nak tanya cikit laa .
aku baru beli xbox360 . tapi nmpak mcm lama lama punya . mcm mne nak tahu lama punya atau baru ?

jasonbob said...

hermes handbags
stone island hoodie
golden goose
yeezy
curry shoes
yeezy boost 350
supreme new york
supreme hoodie
balenciaga shoes
authentic jordans