Wednesday, May 30, 2012

Sertai Kami Di Kyan!me 2012!


Sekarang ni sibuk benar saya dengan event anime terbesar di Sarawak, Kyan!me 2012. Ini kali kedua kami menjadi salah satu penaja di dalam acara itu.

Tahun ini kami akan mengadakan pertandingan permainan video Touhou Project. (tak tahu apa itu Touhou Project, Go Google It) Ada 2 pertandingan yang akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Pada hari Sabtu kita ada Cabaran Touhou13 Ten Desires. Ini adalah permainan genre 2D vertical shooting. Peserta akan dicabar untuk menghabiskan seluruh peringkat permainan. Ada markah untuk setiap peringkat, kumpulkan markah untuk memenangi hadiah!



Bunyinya agak senang, tapi permainan Touhou Project bukanlah mudah, sebab itu kami memberi anda tahap Easy Mode kerana kami mahu anda menang. (dan menyukai permainan ini).

Pada hari Ahad pula ialah Pertandingan Touhou12.3 Hisoutensoku. Ini adalah permainan genre 2D fighting. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat ketiga, kedua dan pertama. Permainan ini agak mudah dan anda akan berlawan dengan peserta lain.


Untuk menyertainya sila isi borang di sini!
Touhou12.3 Hisoutensoku Tournament Entry Form

Selain pertandingan, kami juga ada menjual beberapa barangan seperti keychain, phonestraps, bookmark dan sebagainya. Juga ada boleh mencuba permainan Touhou Project secara percuma (sebelum pertandingan).
Jika anda mahukan salinan permainan ini daripada kami, sila bawa USB thumb drive anda sendiri.

Jumpa anda di sana!

No comments: