Thursday, July 26, 2012

Cara Membuka Casing Xbox360 Anda.


 Anda nak buat update drive LT3.0? Atau nak JTAG/RGH? Atau nak install XK3Y? Atau saja nak bersihkan sarang labah-labah, debu, kasi minyak itu kipas? Ataupun buat modding lampu led atau kipas tambahan pada Xbox360 anda?

Semuanya bermula dari membuka casing Xbox360 itu sendiri. Dan bagaimana caranya? Biar saya tunjukkan. Ini adalah cara untuk membuka casing Xbox360 phat (Elite atau Arcade).




Buka faceplate. Mulakan dari bahagian USB.
 
 Tanggalkan HDD (atau covernya jika tiada HDD)

Buka bahagian ini seperti dalam gambar. Agak keras sedikit. Berhati-hati supaya plastik itu tidak patah.

Gunakan pemutar skru kepala leper yang kecil, tirus dan panjang dan cucuk di bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Lakukannya sambil sebelah tangan anda menarik plastik itu ke atas. Lubang yang kedua berada di bawah pelapik getah.

Lihat dengan teliti, terdapat tab plastik di belakang lubang itu yang harus ditolak.

 Lakukan yang sama di bahagian sebelah. 

 Berjaya dikeluarkan. Lihatlah bahagian tab ini yang anda harus tolak tadi.

 Lakukan yang sama pada bahagian bawah pula.

 Buka empat klip pada bahagian depan. Yang ini mudah sahaja. Gunakan jari atau pemutar skru tadi.

 Mulakan dari bahagian lubang power supply. Cucuk klip yang terdapat di dalam 2 lekuk di atas lubang power supply itu dengan pemutar skru kecil. Lakukannya sambil 4 klip di depan tadi masih terbuka seluas yang mungkin dan sebelah tangan anda membuka kedua belah casing.
Di bahagian kipas tidak terdapat lekuk, hanya cucuk dan tolak ke atas sahaja.

 Teruskan sehingga 5 lekuk pada sebelah bahagian AV port. Lakukan dengan turutan dari kiri ke kanan. Klip akan menghasilkan bunyi seakan patah, tapi jangan bimbang kerana ia sememangnya begitu. Pastikan sebelah tangan masih membuka kedua belah casing (tahan) supaya klip tidak termasuk kembali.

Setelah berjaya membuka casing plastik, sekarang ambil pemutar skru tork T10 (bintang 8 bucu). Buka 6 skru berwarna putih. Ini adalah skru yang panjang, jika anda terbuka skru yang pendek (berwarna kuning), sila letakkannya kembali.

Buka butang eject dari bahagian ini. Gunakan pemutar skru leper kecil dan berhati-hati supaya tidak patah.

Walla! Berjaya!

Inilah rupa motherboard Xbox360 anda. Ini adalah model lama Falcon yang menggunakan 3 heatsink. Model baru Jasper hanya menggunakan 2 hetsink.

 Inilah DVD drive anda. Update LT hanya dilakukan pada drive ini dan bukan pada motherboard. Drive disambungkan dengan kabel SATA yang biasa seperti PC anda dan power soket yang tersendiri.

Bagaimana? Bolehkan anda mencubanya? Anda juga boleh melakukannya tanpa perlu membeli opening tool yang berharga RM30.
Jika anda ingin menghantar kepada saya untuk update LT atau install XK3Y, anda hanya perlu menghantar drive ini sahaja untuk mengurangkan kos pos laju. (Kepada yang tinggal di luar Kuching).
Semoga berjaya.

eh, apa? nak simpan balik? Undur dari belakang la. Pastikan klip casing ditutup rapat dan butang eject boleh digunakan. OK?



5 comments:

Anonymous said...

Thanks for the tips. Pening cari cara2 nak bukak sebelum nih...

Anonymous said...

Good day! This iѕ kіnd of off tοpic but I need somе
aԁvісe from an established blog.
Is іt tough to set up your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm thinking about setting up my own but I'm not sure where to begin. Do you have any points or suggestions? Many thanks

Look into my site ... Plumbers Solihull

Anonymous said...

Ι know thiѕ if off topiс but I'm looking into starting my own blog and was curious what all is needed to get setup? I'm assuming having a blog liκе
yourѕ would cost a pretty ρenny? I'm not very web savvy so I'm not 100% sure.
Any ѕuggestiοns or advicе wοuld be
greatly appгeciated. Cheers

Also visit my webѕite; father's day gift ideas

Anonymous said...

Dο you have a spаm issue оn thіs blog; І also am a bloggeг, and I was wаnting to knοw your situatіon; we have cгeated some
nice practices аnd we aгe looking tο
swap methods with othеr folks, whу not shoot
me an e-mail if interested.

my ωeb blog ... Wood Projects That Are Easy

mens necklaces wholesale australia said...

Anda nak buat update drive LT3.0? Atau nak JTAG/RGH? Atau nak install XK3Y? Atau saja nak bersihkan sarang labah-labah, debu, kasi minyak itu kipas? Ataupun buat modding lampu led atau kipas tambahan pada Xbox360 anda? diamond necklace australia , diamond necklace chile ,